Showing posts with label Penyakit. Show all posts
Showing posts with label Penyakit. Show all posts

Friday, February 15, 2013

Teknologi Agro - Bakteria Moko dan Pisang

Views:
Penyakit ini akan menyerang dengan pantas apabila pokok pisang mula mengeluarkan jantung dan berbuah di mana ia menyerang segala bahagian termasuk menyebabkan buahnya menjadi hitam dan mereput. Ia mula dikesan di Johor pada 2007 dan berpunca daripada banjir besar yang melanda selatan tanah air pada ketika itu. Buat masa ini, bakteria itu semakin menular luas ke beberapa negeri seperti Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Pahang.

Sunday, February 10, 2013

Teknologi Agro - Musuh Semulajadi Padi

Views:
Musuh semulajadi membantu membunuh perosak-perosak tanaman adalah labah-labah, pepatong dan kumbang-kumbang seperti Casnoide interstitialis, Coccinella arcuta dan lain-lain. Kumbang Coccinella arcuta makan serangga perosak khususnya anak dan ibu bena perang sementara kumbang Pyrtorhinus lividipennis memusnahkan telur bena perang manakala labah-labah memerangkap serangga perosak. Ternakan ikan seperti ikan keli, sepat dan lampan jawa secara intergrasi di dalam sawah dapat mengawal serangan serangga, moluska dan rumpai serta mengurangkan penggunaan racun. Dengan mengambil faktor-faktor ekosistem sawah, satu hektar sawah boleh menampung diantara 3000-4000 ekor anak ikan. Ikan boleh dituai selepas berumur 60 hari.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...